Aksi Berani Wanita Masukkan Tangan Dalam Mulut Jerung. Lihat Tindakan Jerung Selepas Itu Yang Ramai Tak Sangka

Memancing adalah antara hobi yang digemari oleh ramai individu terutamanya dalam kalangan lelaki, tidak kiralah dari mana mereka berasal. Adrenalin yang dirasai tubuh setiap kali mata kail ditarik ikan memang sesuatu yang mengujakan si pemancing.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang mata kail yang tertanggal ataupun terkena pada ikan yang tak sepatutnya, seperti jerung dibiarkan begitu saja.

Mujurlah ada individu-individu bertanggungjawab yang rela mempertaruhkan keselamatan diri untuk menanggalkan mata kail yang terlekat pada bahagian mulut ikan jerung.

Wanita berani ini guna tangan dia sendiri..

Salah seorang insan berani tersebut adalah wanita bernama Christiana Zenato yang menggunakan tangannya sendiri untuk menanggalkan mata kail tersebut.

Malah, kadang-kala ke Christiana bertindak memasukkan tangannya ke dalam mulut ikan jerung ketika menyelam semata-mata mahu menanggalkan mata kail yang terlekat di bahagian dalam. Satu tindakkan yang tidak mungkin ada individu lain sanggup lakukan.

Sesuatu tidak diduga berlaku selepas Cristina bantu cabut mata kail yang terlekat dalam dalam mulut jerung itu…

Menurut Christiana, biasanya ikan jerung yang dibantu menjadi lebih mesra dan mudah didekati, mungkin sebagai ucapan terima kasih kepadanya.

” Ikan-ikan jerung ini menghampiri saya, seolah-olah haiwan perliharaan. Jerung-jerung ini datang dengan mata kail terlekat, saya tidak selesa untuk melihatnya.

” Namun begitu ia tidak semudah yang disangka. Saya perlu membina kepercayaan terlebih dahulu dengan jerung-jerung ini sebelum menanggalkan mata kalil tersebut,” katanya yang digelar sebagai doktor gigi ikan jerung.

Saksikan video penuh kisah Christiana menjadi penyelamat dan penjaga kepada ikan jerung malang ini di seluruh dunia.

Lihat video di bawah

Berikut kata-kata netizen selepas melihat video tersebut

” It’s so nice when adventurers like Cristina risk their lives for our amusement and are helping natural selection do its job faster..”

” This is fascinating, but it bothers me that she’s feeding them. Humans feeding animals make the animals associate them with food. Not everybody is gonna be stone cold calm when a shark comes nosing around for its “snack”..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: siakapkeli




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top