2 Artis Lelaki Kacak Ini Diajak Peminat Buat Hubungan Intim. Ini ‘Jawapan’ Mereka, Memang Tak Sangka

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam berang gara-gara diajak melakukan hubungan sek$ secara berkumpulan (threes0m3) oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Ajakan tersebut dilakukan menerusi Direct Message (DM) ke Instagramnya baru-baru ini.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, berkata, dia terkejut melihat tawaran berkenaan daripada seorang wanita yang bersedia untuk menempah hotel sekiranya bersetuju dengan tawaran tersebut.

Izzue pada mulanya berniat untuk menularkan wajah berserta mesej wanita berkenaan di laman Instagramnya. Dia bagaimanapun membatalkan hasrat tersebut selepas dinasihati isterinya, Awin Nurin, 36.

” Saya terkejut selepas menerima mesej berkenaan. Jika ikut perasaan, saya ingin menular wajah wanita tersebut, tetapi isteri menasihatkan supaya bersabar.

Tak jadi kongsi gambar ‘wanita’ itu kerana…

” Selepas difikirkan semula, saya khuatir penghantar mesej tersebut menggunakan akaun palsu. Jadi demi kebaikan semua, saya tidak kongsi perkara berkenaan kepada umum,” katanya ketika ditemui di sesi fotografi di Studio Utusan hari ini.

Mengulas lanjut, dia tidak berniat untuk memalukan wanita berkenaan dengan memuat naik mesej wanita itu di laman Instagram. Sebaliknya dia ingin mengajak pengikut untuk menghentikan mesej seumpama itu.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Izzue mendedahkan akan melakukan pemeriksaan dan rawatan kesuburan bersama Awin dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Kata pelakon Aliff Dalam 7 Dimensi itu, sudah tiba masanya kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran ahli baharu.

” Selama ini kami terlalu sibuk dengan kerjaya. Pada tahun ini kami merancang untuk tumpukan pada usaha mendapatkan cahaya mata. Selama ini kami telah berusaha, tetapi mungkin belum cukup,” kongsinya.

Rupanya Nabil pun pernah diajak peminat buat ‘tuttt’…

Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad mengakui pernah menerima mesej di laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan terlarang di hotel sebelum ini.

Menurut Nabil, dia mengetahui perkara itu dari isterinya, Zira yang memang memantau akaun Instagram miliknya setiap hari.

“€ Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu.

“€ Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah,” €katanya.

Menurut Nabil, dia juga memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau akaun instagram miliknya sejak berumah tangga.

“€ Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami.

“€ Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami,” €katanya.

Nabil ditemui pada sidang alhbar MVTV Asia – Inspirasi YES Malaysia #InspirasiGenerasiMuda – Disinilah Impian Bermula di Menara Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Diminta mengulas mengenai isu poligami pula, kata Nabil, tidak terlintas di hatinya untuk berkahwin lagi.

“ Sudah bermacam-macam perkara yang dilalui dalam hidup dulu.

“€ Saya juga berjanji akan meninggalkan semua perbuatan buruk selepas berkahwin.

“€ Maklumlah, saya ada dua anak perempuan dan saya tidak boleh bayangkan jika saya mempermainkan perasaan orang lain dan perbuatan buruk yang dilakukan itu akan dibalas pada anak-anak saya pula nanti,”€ katanya.

Nabil tidak mampu untuk berpoligami seperti segelintir artis lain…

“€ Saya tak kisah jika orang kata saya takut isteri. Ketika saya menjadi mat despatch dulu tiada siapapun yang memandang tetapi isteri yang menerima segala kekurangan saya itu.

“€ Sedangkan ada seorang isteri dan dua anak pun saya sukar untuk membahagikan masa dengan aktiviti seni yang padat, macam mana saya mahu berkahwin lagi satu?

“€ Saya memang tidak mampu untuk berlaku adil.

“ Saya juga berdoa rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat,” €katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: kosmo & bharian




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top