Waze Guna Suara Sendiri, 3 Cara Untuk Rakam Supaya Taklah Boring Waktu Memandu!

 

Pada masa kini, perjalanan kita terutama ke lokasi yang tak pernah kita tuju banyak bergantung pada aplikasi navigasi. Waze adalah antara yang paling popular.

Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, mungkin akan berasa bosan dengan suara penunjuk arah yang digunakan. Tak pernah bertukar.

Bagi memberi kelainan dan sedikit hiburan ketika dalam perjalanan, apa kata rakam saja suara sendiri sebagai cara penunjuk arah.

Atau boleh juga rakam suara anak atau pasangan sendiri. Barulah tak boring dengar kan!

Caranya juga amat mudah. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini.

1. Pergi ke halaman tetapan Waze, pilih Sound & Voice, kemudian buat pilihan Voice Directions dan Record New Voice.

2. Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.

3. Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.

Ini salah satu contoh waze menggunakan suara sendiri yang dikongsi oleh Nurul Diana.  Comelkan bila guna suara sendiri. Ikut suka koranglah nak guna bahasa apa!

 

Sumber: www.haqem.my & Facebook Nurul Diana

 

The post Waze Guna Suara Sendiri, 3 Cara Untuk Rakam Supaya Taklah Boring Waktu Memandu! appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top