‘Walau Pahit ada Manisnya’ Terimalah seadanya demi cintaku padamu…

SEBAIK selesai akad ‘aku terima nikahnya’, Azahari Senin, 30, kelihatan menarik nafas panjang, mensyukuri segala ujian dilalui sejak Oktober tahun lalu, berkesudahan dengan pengakhiran membahagiakan. Azahari, juruteknik di sebuah kilang di Ayer Keroh, Melaka, tidak menyangka percintaan dengan jurujual Mastura Zainon, 35, selama tiga tahun yang diikat dengan tali pertunangan Ogos tahun lalu, diduga begitu berat.

Ia berikutan dia ditimpa kemalangan di tempat kerja menyebabkan tangan kirinya putus hingga ke pergelangan akibat tersepit dalam mesin percetakan.

Azahari ketika ditemui berkata, seperti kata-kata orang lama setiap kemanisan akan ada pahitnya, dan ketika dia terbabit kemalangan 21 Oktober tahun lalu adalah kepahitan yang amat sukar ditelan. “Saya pernah beritahu isteri yang ketika itu masih tunangan supaya meninggalkan saya selepas kemalangan itu. “Saya beritahu dia (Mastura), ‘aku tidak boleh teruskan dengan kau lagi, dengan keadaan aku seperti ini’. “Tetapi sangkaan dia akan meninggalkan saya meleset apabila dia terus cekal menunggu saya di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, menunggu saya di wad, walaupun saya hampir putus harapan,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah di Masjid Pengkalan Minyak, Ayer Molek, Jumaat lalu. Azahari berkata, sejak saat itu dia menerapkan sikap positif dengan menganggap kedua-dua tangannya masih normal, dan tidak mahu ada pihak yang memandang rendah apa lagi menganggapnya sebagai orang kurang upaya (OKU) kurang berkemampuan. Katanya, dalam kejadian itu, tangan kirinya hancur teruk manakala tangan kanan pula sempat diselamatkan, namun fungsinya kurang sempurna. Ketika majlis pernikahan itu, dia masih berada dalam tempoh cuti sakit. Majlis pernikahan mereka serba ringkas namun meriah dengan usikan keluarga kedua-dua pihak. Sementara itu, Mastura berkata, lelaki yang dikenalinya ketika berkerja di hotel kira-kira tiga tahun lalu itu diyakini mampu menyempurnakan kehidupannya. “Saya kenal dia (Azahari) ketika dalam fizikal yang sempurna dan cinta saya masih sama walaupun tangan kirinya tidak sempurna. “Takkan ketika (Azhari) sempurna saya nak bersama dia, dan meninggalkannya selepas dia mempunyai kekurangan, semua ini ada hikmah. “Saya berkeras mahu bersamanya ketika dia dan keluarganya minta pertunangan kami diputuskan. Ibu bapa dan adik beradik saya pula sentiasa menyokon
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top