(Video)Selain Bahaya Bakteria Salmonella, Ini Alasanya Kenapa Anda Tidak Boleh Makan Telur Ayam Tak Dimasak Sepenuhnya

Telur ayam adalah salah satu bahan mentah yang kerap ditemui dalam masakkan kita setiap hari. Telur ayam sangat fleksibel, boleh diguna untuk menyediakan pelbagai juadah. Malah, satu satu faktor utama setiap dapur pasti menyimpan telur ayam adalah kerana telur ayam mudah dimasak. Sama ada digoreng atau direbus, tiada masala kerana semua orang sudah tahu teknik yang diperlukan.

Anda tentu pernah mendengar pesanan bahawa telur ayam tidak baik untuk kesihatan jika dimakan mentah ataupun separuh masak kan. Memang benar kerana telur mentah yang tidak dimasak mengandungi bakteria salmonella yang boleh memberi masalah kesihatan kepada pemakan kelak.

Sebenarnya, ada alasan lain kenapa anda perlu memasak sepenuhnya telur ayam terlebih dahulu sebelum dimakan. Ia adalah mengenai kasiat telur ayam itu sendiri. Setiap telur ayam dianggarkan mempunyai 6 gram kandungan protein iaitu 3.4 gram pada bahagian putih telur manakala selebihnya pada kuning telur.

Dalam sifat semula jadi telur, protein-protein ini seolah-olah terperangkap dan terkunci dalam sebiji bola. Manakala badan manusia akan mengalami kesukaran untuk menyerap protein-protein ini dalam keadaan sifat semula jadi begitu.

Namun, sekiranya anda memasak telur ayam terlebih dahulu, ‘kunci-kunci’ protein akan terbuka dan mula mengikat antara satu sama lain. Proses ini boleh dilihat pada bahagian putih telur ketika dimasak. Malah, protein-protein yang terikat antara satu sama lain ini lebih mudah untuk diserap oleh badan.

Tech Insider turut mendedahkan kajian yang dibuat penyelidik menunjukkan badan manusia boleh menyerap sehingga 50 peratus protein jika disediakan dalam keadaan mentah, namun ia meningkat kepada 91 peratus sekiranya protein itu dimasak terlebih dahulu.

Sepertinya yang diketahui, telur ayam mengandungi kesemua 9 asid amino dan amatlah merugikan sekiranya badan anda tidak mampu menyerap semua nutrisi tersebut disebabkan kesemua asid terkunci di dalam protein telur.

Jadi selepas ini, ubahlah menu telur ayam anda.Pastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu.

Sumber: Tech Insider

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top