Tular Rakaman Datuk Siti Buat Kejutan Kepada Peminat Hidap Sakiit Polio, Ramai Menitiskan Air Mata

Ada sebab kenapa Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ni digelar penyanyi nombor satu negara dan Malaysian Sweetheart. Sikapnya yang peramah, sopan santun dan jarang menimbulkan gosip membuatkan penyanyi ini sentiasa disayangi ramai.

Namun bukan saja disayangi rakyat Malaysia semata-mata, fans dari Indonesia juga adore Tokti ni tau. Ini sebabnya dorang sayang sangat dengan Tokti

Baru-baru ni, Tokti dengarnya telah terbang ke Indonesia untuk membuat kejutan pada seorang peminat tegarnya yang juga penghidap sakit polio dalam satu rancangan TV bertajuk Hitam Putih.

Video kejutan ni kemudian viral di Twitter dan mendapat pujian netizen sebab ramai yang sebak lepas melihat cara bagaimana Tokti melayan peminatnya yang sakit tu. Alahai tersentuh hati admin.

Mengharukan! Khusnul Khotimah, fans Siti Nurhaliza yang mengidap Polio akhirnya bisa bertemu dengan idolanya.

Sudah lama simpan angan-angan bertemu Siti, tapi kudrat menghalang dari capai cita-cita tersebut

Menurut Astro AWANI, peminat bertuah ini, Khusnul Khotimah yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur telah lama menyimpan hasrat dan angan-angan untuk bertemu dengan idolanya, Siti Nurhaliza.

Pun begitu, dia hanya mampu mendengar suara Tokti dari jauh sebab keadaan diri yang serba kekurangan dan kudratnya yang sangat limited kerana menghidap sakit polio.

Tapi hari itu nampaknya hari bertuah Khusnul Khotimah apabila penyanyi yang menjadi inspirasi hidupnya ini tiba-tiba buat kemunculan mengejut di depan matanya.

Lihat video di bawah ini


Seperti yang kita lihat dalam video, Khusnul menangis teresak-esak sambil mengucup tangan Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa dengan tenang.

“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” kata Khusnul di rancangan Hitam Putih.

“ Saya pulak yang menitis air mata tengok. Humble betul mama Afiyah ni”

Video yang juga dikongsikan di Instagram official Siti Nurhaliza telah mendapat beratus ribu tontonan dan komen pujian terhadap penyanyi tersebut yang dilihat sebagai berhati mulia dan sanggup meluangkan masa untuk melayan peminatnya.

Terima kasih Tokti kerana sentiasa ambil masa untuk melayani fans dari serata nusantara dengan penuh bersungguh-sungguh. Patutlah ramai yang sayang Tokti ni kan?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: lobakmerah

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top