Terkini Keadaan Mamat Khalid, Isteri Beritahu Kariah Masjid Buat Solat Hajat Dan Bacaan Yasin

Selepas dua hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pengarah terkenal Mamat Khalid, 55, menunjukkan perkembangan positif dan semakin stabil.

Isterinya, Hasmah Hassan berkata, suaminya sudah boleh menggerakkan kaki dan membalas genggaman tangan setiap kali bacaan surah Yasin

” Alhamdulillah ada menunjukkan perkembangan positif, ubat sudah berkurangan dan dia boleh menggerakkan kaki. Bila saya baca Yasin dia akan genggam tangan saya.

” Bacaan da rah sudah semakin stabil tapi belum boleh membuka alat bantuan penafasan,”ujarnya kepada mStar Online.

Pengarah filem bersiri Hantu Kak Limah itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya selepas mengadu sakit dada dan batuk berterusan.

Doktor kemudian memberikannya dos ubat yang membolehkannya berehat. Sementara itu, Hasmah turut terharu dan bersyukur apabila ramai rakan dan peminat yang mendoakan kesihatannya.

” Saya percaya dalam banyak-banyak doa untuknya ada yang Allah makbulkan” luah Hasmah Hassan, isteri Mamat Khalid

Selain itu, beberapa kariah di masjid membuat solat hajat dan bacaan Yasin termasuk Pejabat Menteri Besar Perak.

” Alhamdulillah, ramai orang sayangkan dia, banyak masjid di sekitar Perak dan Johor melakukan solat hajat dan bacaan yasin untuknya.

” Saya percaya dalam banyak-banyak doa untuknya ada yang Allah makbulkan” ujarnya.

Dalam pada itu, dia percaya suaminya itu seorang yang kuat dan berjuang untuk melawan penyakit itu.

“Buat masa ini saya hanya berdoa yang terbaik. Saya kena kuat dan saya percaya dia juga kuat,” ujarnya.

Pada 2014 ( gambar atas), Mamat pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran da rah yang tersumbat di jantung.

Terdahulu, pengarah filem Hantu Kak Limah iaitu Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan krit1kal selepas mengadu sakit dada dan batuk pada Jumaat lalu.

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 56, kini drawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Pada 2017, Mamat pernah dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas selepas majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka.

Isterinya, Hasmah Hassan bagaimanapun mengharapkan doa seluruh peminat terhadap kesembuhan Mamat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top