Terkini, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Mamat Khalid Dan Mohon Semua Sedekahkan Al Fatihah

“ Maaf ya, abang masih dik0makan untuk tempoh 48 jam. Sesiapa pun tak dibenarkan melawat,” kata isteri kepada pengarah popular, Mamat Khalid, 55, iaitu Hasmah Hassan mengenai keadaan suaminya itu.

Hasmah atau mesra dengan panggilan Kak Intan ketika dihubungi berkata, dalam tempoh itu keluarga juga tidak dibenarkan melawat Mamat yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Hasmah meminta orang ramai terutama peminat filem Mamat mendoakan suaminya itu supaya segera sihat.

Katanya, sejak jam 12 tengah malam tadi, doktor belum membenarkan mereka sekeluarga memasuki wad ICU berkenaan kerana doktor mahu Mamat berehat.

Difahamkan, Mamat yang popular dengan siri filem Hantu Kak Limah dan Rock dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berterusan hingga dia sukar untuk tidur.

Dia dibawa ke Hospital Selayang, kelmarin sebelum dipindahkan ke pusat perubatan berkenaan.

Doktor kemudian memberikan dos ubat yang membolehkannya berehat.

Pada April 2017, Mamat pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat kepenatan dan sesak nafas.

Mamat baru saja selepas mengarah filem sekuel Rock berjudul Rock 4: Quo Vadis Komer yang kini dalam proses suntingan.

Terdahulu media melaporkan tentang isteri pengarah terkenal itu memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan Mamat Khalid.

“ Doakan abang sihat. Abang Mamat sekarang dik0makan untuk tempoh 48 jam. Sedekahkan Al-Fatihah,” kata isteri pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid, 55, iaitu Hasmah Hassan mengenai suaminya yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Mamat dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan dipercayai akibat masalah jantung, semalam. Difahamkan, sebelum itu beliau mengadu sakit dada dan batuk.

Pengarah filem Hantu Kak Limah ini kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor memberikan dos bagi membolehkan dia berehat.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Mamat berada dalam keadaan krit1kal.

Hasmah atau mesra dengan panggilan Kak Intan ketika ditanya mengenai perkara itu hanya meminta orang ramai mendoakan suaminya segera sihat.

Hasil perkahwinan Mamat bersama isterinya, Hasmah Hassan, 45, pada 12 April 1987, pasangan bahagia itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Mohd. Khalid Zaffa, 20; Nor Sara, 17; Mohd. Khalid Adam, 13; Mohd. Khalid Amen, 12 dan Nur Hassanah, 8.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top