Takyah Bazir Beli Lilin. Netizen Terhibur Pelajar Sambut Birthday Rakan Suruh Tiup Dapur Gas

Kami percaya zaman belajar adalah antara zaman yang paling berharga dalam hidup kita. Orang cakap waktu inilah kita baru nak kenal erti dunia, jumpa orang baru dan raih pengalaman sebanyak-banyaknya.

Sesudah tamat pengajian, pastinya kita mahu ke peringkat seterusnya iaitu alam pekerjaan atau alam perkahwinan. Segalanya memerlukan pengalaman. Jadi, sejak di alam universiti lagi anda perlu mencari pengalaman tersebut yang menjadikan anda terdedah dengan segala hal.

Tidak kiralah apa jenis pengalaman, semua harus dicari. Termasuk cara bergaul dengan rakan sebaya atau se universiti. Semua itu akan membentuk jati diri dan pendedahan yang berguna kelak.

Ambil contoh, selalunya pelajar yang aktif dan senang bergaul dengan orang lain mudah mendapat tempat di kalangan orang sekeliling. Berbanding dengan individu yang suka terperap dan buat hal sendiri, selalunya golongan ini susah untuk menonjol.

Sebab itu pelajar digalakkan untuk aktif dalam apa jua bidang. Kalau suka buat video, buat lah betul-betul asalkan tidak melanggar hukum agama.

Terbaru, tular sebuah video di Instagram sekumpulan pelajar universiti meraikan sambutan hari jadi rakan mereka dalam bilik hostel. Apa yang mencuit hati adalah, mereka menggunakan dapur gas siap dinyalakan api! Hahaha

Macam-macam kerenah pelajar zaman sekarang. Walaupun nampak agar kasar, namun sebenarnya ia sedikit sebanyak menghiburkan sahabat mereka.

” Tak pernah dibuat dek orang woiii haha apapun memang epik lah korangnya prank birthday!” komen seorang netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi sekumpulan sahabat itu. Malah ramai yang meng ‘tag’ rakan masing-masing dan beritahu mahu mencuba idea yang sama.

” Memang genius la bebudak ni, tak payah membazir duit beli lilin kan..”

” Nanti birthday hang aku bawak mbh punye dapur gas keyy.. Dont worryy..”

” Birthday kau nanti aku siap bawa tong gas lagi. Tggu birthday awek aku plak nk wat benda sama agak2 dia suke tak hahahaa..”

” Haha lawak betul bebudak ni ada jer idea masing-masing nak menghiburkan kawan2. Nak2 zaman belajar cmni..”

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : ig senangterhibur




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top