Siti Nurhaliza Dan Suami Lepas Gian. Peminat Terhibur Lihat Aksi Tokti Maintain Comel Walaupun Penat

Beberapa keping foto penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, yang menyaksikannya mengayuh basikal mula mencuri perhatian netizen.

Siti yang turut ditemani Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K serta beberapa rakan mereka melakukan aktiviti riadah itu di sekitar kawasan berbukit di Hulu Langat, Selangor.

Perkongsian menerusi laman Instagram pada awal pagi tadi telah mempesonakan pengikutnya yang menyifatkan Siti kekal menawan dan ceria meski keletihan mengayuh sambil mendaki bukit.

“Tok Ti (Siti Nurhaliza) ni, senyuman tak pernah lekang. Tengah letih mengayuh pun tetap kelihatan ceria dan manis,” memetik salah satu komen peminatnya.

Seorang lagi individu berkata, “Tok Ti buatlah aksi apapun, masih nampak comel dan cantik.”

Lebih menarik, ada juga komen yang mencuit hati berbunyi, “Tok Ti tak letih ke cantik sepanjang masa?” sambil diikuti emoji ketawa.

Difahamkan, ekspedisi riadah pagi Siti dan rakan-rakannya itu diusulkan oleh artis versatil, Alif Satar.

Sementara itu menertusi ruangan komen di IG milik Datuk Siti, peminat beliau sempat membawang selepas melihat aksi penyanyi nombor satu negara itu.

” Macam mana tokti boleh tahan eh. Saya kalau naik basjkal kat bukit cerakah tu punggung saya mesti cramp sakit sangat sebab tempat duduk dia keras haha. Hebat lah tokti..”

” Datok ct cantikk dan jagoii sangatt pkai spedaa laa aku doain mogaa datok niii mkn sukses shat slalu jga rindu nak jumpaa datok eh iya aku nak ksih tau perubahan pemutihh yg datok recomend tu..”

” Ha…hari ni Ctdk mmg dah membuktikan yg dia mmg org kampung sejati. Tahan lasak sbb di kg naik basikal ni mcm tiada apa. Lagipun Ctdk kan biasa menjual kuih di flat polis. Naik turun tangga. Jd naik basikal ni small matter jer bagi mak iti..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : mediahiburan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top