Shahrol Shiro Imbas Kenangan Zaman Persekolahan Dulu Tempat Lejen Budak SkinGrungeHipHop Berkumpul

“Dulu Sini Port Lejen Zaman Sekolah. Budak Skinhead, Punk, Hiphop Grunge Semua Berkumpul Kat Sini…” Shahrol Shiro Imbas Kenangan.

Shahrol yang menggelarkan dirinya ‘budak bas stand Kluang 90an’ mengimbau kenangan waktu di zaman persekolahan dulu.

Seronok baca entri Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi di Instagram beliau. Memang menggamit memori waktu muda remaja.

“Dulu sini port lejen zaman sekolah. Budak skinhead, punk, hiphop, grunge semua berkumpul kat sini.

Menurut Shahrol, sekarang semuanya sudah berubah dan semuanya sudah sepi.

“Kedai jamming masih bukak dan ada anak muda main lagi. Aku join sekaki.

“Pastu naik teksi pusing satu town. Memang menggamit memori sungguh,” tulis Shahrol bercerita tentang bandar Kluang, Johor.

Kamu telah menghukum saya: Shahrol Shiro

BEKAS penyampai radio Suria FM, telah meluahkan perasan di Instagram miliknya. Dikatakan bermula apabila punca penamatan kontrak Shahrol bersama Shahrol didedahkan dan didakwa mengaibkan dirinya.Lantas Shahrol dengan panjang lebar telah menjawab persoalan tersebut.

“Be profesional Suria fm! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu. Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya. Kenapa timbulnya isu ni? Adakah kerana hasad dengki? Atau kerana terdengar bisikan syaitan?

“Biar saya jelaskan satu persatu. Isu ponteng kerja, mc dan disiplin, memang ada berlaku sepanjang MLM2018. Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 dah bangun, ada yang terlajak. Apa hukuman kamu?

“Kamu GANTUNG dan TOLAK gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu telah pun MENGHUKUM saya! Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak, gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali direpost. Kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la,”tulis Shahrol.

Kredit:Gempak & SinarHarian




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top