“Nak Buat Lagu Mana, Dah Tahun 2009 Tu Picture Sistur Masih Ada Suami” Rita Rudaini Tak Sampai Hati Crop Gambar Aidil Zafuan

Pelakon Rita Rudaini mengakui perubahan yang dialami selama 10 tahun banyak memberi pengajaran dan kenangan dalam hidupnya.Menerusi entri di Instagram (IG), Rita memuat naik foto sekitar 10 tahun lalu bersama dengan bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan selepas ramai peminatnya meminta dia untuk melakukan cabaran #10YearsChallenge.

“Ramai Direct Message (DM) sisturr mintak sisturr buat #10yearchallenge. Alahaiii, sisturr segan sebenarnya. “Nah! Ni #10yearchallenge sisturr, nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu pic sistur masih ada suami. Tak ada plak pic sistur single. Nak tutup or crop tak sampai hati sebab masih hidup.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Tak apalah, tak salah pun, kenangan 2009 tak boleh diubah dan tak boleh di padam kan. Jadi kan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan.

“Amacam #10yearchallenge sisturr? Banyak perubahan tak? Sama je kan dulu bertiga sekarang pun bertiga juga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Ini baru betul PICTURE #10yearchallenge tau. Sisturr tak ada nak letak pic tipu punya looohh. THE END,” tulisnya.

Rata-rata mengakui tiada banyak perubahan yang berlaku pada wajah Rita sejak 10 tahun lalu dan mereka juga turut mendoakan kesihatannya.

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : hangat.com

 




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top