Keluar Masuk Butik Sejak 2017 Sebab Nak ‘Ushar’ Baju Nak Hadiahkan Isteri, Kegigihan Pakcik OKU Ini Undang Rasa Sebak

Kalau kita rasa diri kita tengah susah, fikirlah bahawa ada orang lhidupnya lebih getir daripada kita. Kadang-kadang ada yang sanggup berhempas pulas untuk menikmati secebis nikmat yang kita ada.

Bagi korang yang selalu bandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain, baca kisah sebak pasal pakcik OKU ni dan renung-renungkanlah..

Selalu tengok baju yang sama sejak 2017 untuk isterinya. Berikut adalah kapsyen yang ditulis oleh individu terbabit.

” Heyy korang baca la kisah pakcik ni. Omg! Im so proud to him sbb dia ade usaha nk bg org nampak yg dia ni mampu bg isteri n anak2 dia pakai baju cantik2. Omg im so sad. n to mulut2 celaka yg duk ckp pakcik ni cacat pe smua hope bnda tu berbalik kat korang! Erghhhhh”

Korang boleh hayati kisah pakcik ni seperti yang diceritakan oleh individu tersebut dalam gambar di bawah.

“ Ni lah setiap kali masuk, ni lah section yang dia akan tengok” ( gambar bawah)

Pakcik ini keluar masuk butik sejak 2 tahun lepas untuk melihat baju lawa, nak belikan untuk isterinya. Menurut pemilik butik Zachrin Jaafar, pakcik ni akan tengok baju yang sama.

Mungkin masih belum mampu, dia usahakan untuk kumpul duit beli busana indah tu, korang jangan salah anggap ini bukan atas permintaan dan desakan isterinya, tapi atas dasar kerelaaan dia sendiri.

Lebih menyedihkan, lepas 2 tahun dia asyik lihat baju ni, tiba-tiba dah sampai masa nak beli baju tu dah tak ada. Mungkin bukan rezekinya.

Lebih hiba lagi,dia buat gigih sampai 2 tahun nak kumpul duit untuk beli baju itu bukannya sebab dia suka-suka nak tayang kepada orang. Ada sebab tersendiri..Allahu sebaknya

Sebab kenapa dia berbuat demikian

Allahu sayu admin baca, inilah yang admin maksudkan ‘secebis;’ kenikmatan tu, kadang-kadang kita ni complain sana sini tapi tak sedar yang ada orang lain kalau boleh nak ada kat tempat kita.

Misalnya macam pakcik ni, mungkin nak beli baju bukan masalah kita, tapi mereka pula kena gigih nak dapatkannya. Apapun janganlah kita mempersendakan ketidakupayaan orang, dan cubalah bersyukur dengan apa yang ada.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : lobakmerah




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top