Janjikan Cuti Sekolah Paling Meriah, ‘Tanah Magis’ Sunway World Of Tambun Bertukar Wajah Sempena Tahun Baru Cina

Malaysia terkenal dengan negara yang berbilang kaum dan terkenal dengan masyarakat berlainan bangsa namun masih hidup aman dan sentiasa mewujudkan suasana harmoni dalam setiap perayaan yang disambut.

Tahun Baru Cina akan menjelang tidak lama saja lagi.  Tak sabar rasanya menyaksikan keindahan warna-warni tanglung merah yang digantung, memancarkan cahaya di setiap jalan serta beraneka macam kuih-muih buatan sendiri yang enak.

via GIPHY

Dengan tema ‘Crazy Rich’ musim perayaan ini, Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) memberikan pengalaman yang sangat menakjubkan kepada pengunjung bermula 5 Februari sehingga 19 Februari ini dengan pelbagai aktiviti termasuk seni ramalan, ‘Crazy Fortune Teller’, ‘Golden Dragon’ dan ‘Sweeteset Stack’ yang akan menjanjikan hiburan kepada korang sepanjang penginapan.

Tahun ini, LWOT akan mengubah taman temanya menjadi khazanah bernilai serta memberi tuah kepada setiap para pengunjung sempena Tahun Baru Cina ini.

Selain menerapkan elemen ‘fantasi hiburan’ yang pastinya tak akan dapat dimana-dimana, LWOT turut tak ketinggalan dalam mengetengahkan konsep ‘morality’ yang membawa kembali konsep sejarah bangsa Cina terdahulu, berkisarkan tentang kebaikan membantu orang lain serta mengingati asal-usul seseorang.

 

Tiada alasan untuk korang tak berkunjung ke LWOT ini kerana pelbagai aktiviti telah disusun buat korang antaranya:

  • Permainan ‘Spin It Rich’ yang akan berlangsung di Kampung Malayana dari jam 1 petang sehingga 1.30 petang setiap hari Jumaat dan Sabtu.
  • Bagi peminat kraf, korang boleh mengunjungi ‘Awesome Playhouse’ untuk mengikuti sesi kemahiran kreatif menerusi ‘Creative CNY Ormaments dan

  • Tidak lengkaplah ‘Tahun Baru Cina’ jika tanpa tarian singa tradisional dengan elemen lebih gempak dan unik pada 5 dan 6 Februari.

Pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dan memenangi hadiah yang sangat hebat.

Tak sabar nak rasai pengalaman meredah hutan indah sambil diterangi cahaya lampu sempena Tahun Baru Cina ini?

Untuk keterangan lanjut, segala maklumat boleh didapati dengan melayari www.sunwaylostworldoftambun.com atau hubungi +605 542 8888 dan layari laman rasmi Facebook Lost World of Tambun di www.facebook.com/lostworldoftambun




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top