Hentian Bas Terus Berubah Wajah Selepas Mira Filzah Bergambar Di Sini

SEBUAH pondok menunggu bas di Alor Gajah, Melaka tiba-tiba menjadi popular selepas pelakon Pujaan Hati Kanda Mira Filzah bergambar dan memuat naik foto di lokasi itu.

Lokasi itu menjadi perhatian selepas pelakon itu mengabadikan kenangan ketika percutiannya di Melaka pada 10 Januari lalu.

“Jangan korang tak tau, bus stop di Alor Gajah ini tetiba jadi popular. Nak tau sebab apa?

“Sebab pujaan hati korang , Dinda Mira Filzah abadikan percutiannya di Alor Gajah di bus stop ni lah!” menurut satu hantaran di Facebook Tourism Melaka.

Dalam hantaran itu lagi, penduduk di kawasan berkenaan pada awalnya berasa pelik apabila ramai orang datang bergambar di perhentian bas berkenaan selepas ia dikongsi Mira dalam Instagram miliknya.

Sementara itu, pada Ahad lalu, perhentian bas tersebut sudah dibaikpulih dan berubah wajah untuk dijadikan tempat tarikan pelancong.

Pihak Tourism Melaka turut memasang papan tanda Mira Filzah pada perhentian tersebut dengan tulisan Mira Filzah was here (Mira Filzah pernah ke sini) bersama tanda hashtag #thisisAlorGajah

“Terima kasih kepada team Majlis Perbandaran Alor Gajah yang membantu Tourism Melaka mencantikkan bus stop “Mira Filzah” dan memasang papan tanda tersebut.

“Kalau mahu dapatkan gambar-gambar yang super awesome and insta-worthy, apa kata korang pulak pose macam Mira Filzah di bus stop ni,” menurut catatan di Fecebook berkenaan.

Dalam pada itu Mira Filzah semasa berkongsi foto di pondok bas berkenaan menulis; I hate waiting. But if waiting means being able to be with you, I’ll wait for as long as forever to be with you. (Saya benci menunggu. Tetapi jika dengan menunggu itu akan dapat bersama anda, saya akan menunggu selama-lamanya untuk bersama anda).

Mira Filzah sedang meniti populariti ketika ini apabila drama bersiri lakonannya bersama Remy Ishak iaitu Pujaan Hati Kanda siaran TV3 menjadi trending dan perhatian ramai.

Drama itu berakhir pada Isnin.

Kredit:MSTAR




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top