Guna ‘Tukul Dan Pahat’ Buang Ketumbuhan Sebesar Bola Keranjang

KETUMBUHAN sebesar bola keranjang dengan berat 3.3 kilogram pada muka seorang pelajar bidang kejuruteraan berjaya dibuang menggunakan ‘tukul dan pahat’ oleh sepasukan doktor di Mexico baru-baru ini.

Adrián Espino, 23, mendapati ketumbuhan itu membesar selepas dia mengalami bengkak kecil pada pipi kanannya ketika berusia enam tahun kerana dia menghidap kanser tulang yang jarang ditemui dikenali sebagai fibrous dysplasia.

Tulang dalam ketumbuhan di mukanya terlalu keras sehinggakan doktor terpaksa menggunakan tukul dan pahat perubatan untuk memotong dan membuangnya sedikit demi sedikit.

Espino sebelum ini banyak menjalani pembedahan bagi cuba membuang ketumbuhan itu namun gagal. Masalah dihadapinya semakin buruk apabila dia sukar bernafas, pandangan kabur dan sukar untuk makan.

Kehidupan pemuda itu kini semakin baik selepas pembedahan terakhirnya dan hanya menunggu masa untuk menjalani pembedahan plastik bagi bahagian muka kanannya yang dahulu dimamah sel kanser. –KLICK.MY

The post Guna ‘Tukul Dan Pahat’ Buang Ketumbuhan Sebesar Bola Keranjang appeared first on KLICK.MY.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top