Gara Gara Kongsi Foto Di Bus Stop Majlis Perbandaran Alor Gajah Pasang Papan Tanda Mira Filzah Was Here

Gara-Gara Kongsi Foto Di Bus Stop, Majlis Perbandaran Alor Gajah Pasang Papan Tanda ” Mira Filzah Was Here”.

Dek kerana penangan drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang mendapat perhatian ramai, nama pelakon Mira Filzah diabadikan di sebuah pondok menunggu bas.

Gara Gara Kongsi Foto Di Bus Stop Majlis Perbandaran Alor Gajah Pasang Papan Tanda Mira Filzah Was Here

Mira merakamkan sekeping foto di lokasi yang terletak di Alor Gajah, Melaka itu dan memuat naiknya di laman Instagram pada awal bulan ini.

Kini, lokasi terbabit menjadi perhatian ramai dan ada peminat yang mencari pondok bas terbabit dan mereka turut serta merakamkan foto kenangan di tempat yang sama.

Akaun Facebook milik Tourism Melaka mendedahkan perkara ini menerusi sebuah status yang dimuat naik pada 14 Januari lalu.

Gara Gara Kongsi Foto Di Bus Stop Majlis Perbandaran Alor Gajah Pasang Papan Tanda Mira Filzah Was Here

“BUS STOP VIRAL ALOR GAJAH.

“Jangan korang tak tau, bus stop di Alor Gajah ni tetiba jadi popular. Nak tau sebab apa. Sebab pujaan hati korang.

“Dinda Mira Filzah abadikan momen percutian nya di Alor Gajah di bus stop ni lah!

“Makcik rumah sebelah tu pon dah mula pelik kenapa sejak dua tiga hari lepas ramai sangat orang datang bergambar kt bus stop ni.

“Kalau u all nak dapatkan gambar-gambat yang super awesome and insta-worthy, apa kata korang pulak pose mcm Mira Filzah di bus stop ni.

“Cari bus stop yang hanya berdepan dengan Madrasah Sungai Ragok Hilir, Ayer Paabas, Alor Gajah.

“Tolong abaikan model min yang gemuk tu yer! Dia pon nak acah Dinda Kanda jugak. Selamat berpose ala Mira Filzah!” tulis akaun terbabit.

Menariknya, pondok menunggu bas itu juga telah dicantikkan semula oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.

“Terima kasih kepada team Majlis Perbandaran Alor Gajah yang membantu Tourism Melaka mencantikkan bus stop “Mira Filzah” dan memasang papan tanda tersebut,” tulis akaun Facebook Tourism Melaka Sabtu lalu.

sumber : astro gempak/Tourism Melaka

Jika anda suka dengan kisah ini sila share pada kawan yang lain. Jangan lupa LIKE Facebook kami News Today untuk kisah2 yang lebih menarik lagi.

Sinopsis Pujaan Hati Kanda

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. – Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” – Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top