Foto Bogel Tersebar, Artis Wanita Indonesia Terbabit Aktiviti Pelacuran

TULAR di media sosial mengenai kisah seorang artis dari Indonesia, Vanessa Angel yang didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran dalam internet.

Malah, tidak cukup dengan itu, foto bogelnya turut tersebar. Apa yang lebih menarik perhatian orang ramai, apabila kegiatan tidak bermoral artis tersebut dilakukan ketika berada di Malaysia.

Kini kes tersebut turut menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan bagi mengesan sekiranya terdapat kegiatan pelacuran kelas atasan membabitkan artis terbabit di negara ini.

Gambar bogel artis itu mula tersebar di media sosial sejak pagi semalam oleh pihak tidak diketahui.

Ia dirakam semasa artis itu mandi bersama seorang individu semasa Vanessa berada di Kuala Lumpur sekitar Disember 2018 berdasarkan kenyataan peguam artis itu, Muhammad Zakir Rasyid.

Malah, Vanessa mengakui wanita dalam foto itu adalah dirinya, namun tidak sedar dia dirakam individu yang tidak dinamakan.

Sementara itu lapor Harian Metro, siasatan akan dilakukan berikutan gambar aktres yang tersebar tanpa seurat benang itu adalah antara individu yang turut ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didapati terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Sebelum itu, media tempatan negara berkenaan melaporkan dua artis wanita Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164), Sabtu lalu.

Selepas sehari penahanan dilakukan, gambar bogel seorang daripada artis terbabit tersebar di media sosial menjadi tular dan ia didakwa diambil sewaktu berada di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Muhammad Zakir berkata, penyebaran gambar itu memang disengajakan pihak tertentu ketika artis terbabit disoal siasat polis di Jawa Timur kerana disyaki ada kaitan dengan aktiviti pelacuran. –KLICK.MY

The post Foto Bogel Tersebar, Artis Wanita Indonesia Terbabit Aktiviti Pelacuran appeared first on KLICK.MY.




Post a Comment

0 Comments