Datuk Seri Siti Nurhaliza Sudah Mula Merancang Untuk Majlis Anaknya

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengatakan dia sudah mula merancang untuk majlis sambutan hari jadi anaknya, Siti Aafiyah yang bakal berlangsung pada 19 Mac ini.

Menurut Siti, dia berasa teruja memikirkan perancangan sambutan hari jadi anaknya itu meskipun tidak berpengalaman melakukannya sebelum ini.

“Walaupun hari jadi Aafiyah pada bulan Mac, saya dah mula plan macam-macam kerana terlalu teruja.

“Kadang-kadang suami saya tertawakan saya, Tapi dia sarankan saya mengambil khidmat perancang majlis profesional.

“Saya tidak berpengalaman sebelum ini, sebab itulah saya teruja dan berharap semuanya berjalan dengan lancar,” kata Siti kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Anta Permana ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.

Capai usia #Golden40th, Datuk Siti Nurhaliza Mengaku Sudah Ada Kedut Pada Wajahnya

Tanggal 11/1/2019, hari ini, usia biduan kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk usia 40 tahun.

Atau, Siti barangkali bisa tersenyum karena ia dikategorikan sebagai masuk ke fase #SitiGolden40.

Seperti tidak terasa waktu bergulir dan pelantun bersuara emas yang menembus pasaran Indonesia dengan lagu Cindai itu sudah melangkah ke usia baru.

Biar angka 40 banyak ditakuti oleh wanita di luar karena ia umpama lambang sudah semakin menua, Siti pula menyambutnya dengan lapang dada.

“Alhamdulillah sudah bisa masuk ke angka 40,” katanya dalam wawancara bersama radio Suria FM, pagi ini.

Ditanya oleh sang deejay tentang kado istimewa yang diperoleh dari sang suami, Datuk K sempena angka 40, Siti memberitahu bukan kado yang menjadi hal terpenting dari suami tercinta.

“Soalnya, kadang Datuk K nggak perlu nunggu Siti ultah baru diberi kado. Beliau bisa beri kapanpun, walau hanya pada hari biasa.

“Misalnya seperti baru ini, beliau bawa kami satu keluarga libur di Dubai sempena Tahun baru 2019. Pokoknya, bukan soal kado sangat ya,” pungkasnya.

Malah akuinya, untuk usia 40, hampir semua keinginannya telah Allah makbulkan. Kado paling istimewa pun telah diperolehinya tahun lalu iaitu kelahiran cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah pada Mac 2018.

Dan, pada hari istimewa ultahnya, Siti tidak segan memohon doa agar bisa memperoleh zuriat lagi.

“Amin, amin, amin. Doanya memang mau nambah anak lagi, buat teman Aafiyah. Namun, tunggu dulu sehingga Aafiyah injak usia dua tahun mungkin,” katanya yang tidak gentar untuk hamil biar usia semakin lanjut.

Diusik oleh deejay bertugas sebagai tidak terasa istri pengusaha Datuk K itu sudah menginjak angka 40, sebaliknya kayak masih berusia 22 tahun, Siti pantas ketawa.

“Eh, kalau lihat lebih dekat, sudah bisa nampak gadis kedut di muka,” imbuhnya.

Nah, saking tenarnya Siti, banyak pengguna medsos menyampaikan ucapan ultah buatnya ia telah menjadi trending hari ini. Siti menanggapi ucapan para fansnya dengan caption ringkasnya di Instagran berbunyi: “Segan pun ada ni…”

Malah ada stesen radio di Malaysia membuka segmen khas memutarkan lagu lagu Siti sempena meraikan #SitiGolden40thnya.

Selamat ultah ke 40 puspita hati. Semoga segala doa dan impian bisa makbul!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top