“Comel Ibu Mengandung Ni” Netizen Usik Mira Filzah Pakai Baju Mengandung

Beberapa keping gambar Mira Filzah yang dimuat naik ke Instagramnya menjadi usikan netizen.

Gambar-gambar beliau memakai baju mengandung berwarna biru muda menjadi perhatian para netizen. Baju tersebut dipakai beliau untuk sebuah drama rantaian.

“Perut tu nampak mcm real jee… comei sangat,” usik @husna_dianzmanjung

“Macam mengandung betul dah. so cute!” seloroh @ydaealias_

“How I wish to be this pretty during my pregnancy,” komen penyanyi Tasha Manshahar yang ketika ini sedang mengandung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baru-baru ini ada berbicara soal jodoh…ini katanya

Walaupun menjangkau usia 24 tahun, nama Mira Filzah menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana. Pun begitu, Mira juga buat masa ini masih mencari calon yang sesuai buat dirinya.

Namun soal jodoh bagi Mira bukanlah sesuatu yang terdesak cuma belum masanya lagi memikir hal itu.

“Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jinjang pelamin. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya. Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu”

Tidak guna mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan,” katanya kepada Harian Metro.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : gempak.com




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top