Buli Siber, Linda Rafar Artis Pertama Ambil Tindakan Terhadap Netizen!

BERIKUTAN kes melibatkan penyanyi Linda Rafar yang bertindak meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial terhadap sekumpulan jururawat ketika arwah ibunya sakit, pelbagai tohmahan diterimanya.

Netizen atau pengguna media sosial masih berterusan mengecam dirinya walaupun ibunya sudah tiada.

Berkaitan: Delegasi Jururawat Kumpul Dana, Bakal Saman Linda Rafar

Tidak tahan dengan itu, Linda akhirnya membuat sidang akhbar beberapa sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, Linda menjelaskan dia telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu tersebut.

Linda, 41, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.

Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh hari ini.

“Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar.

“Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

“Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Linda menjadi artis pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial.

Dalam masa sama, kes membabitkan saman jururawat terhadap dirinya sedang berjalan di Mahkamah Shah Alam. –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro Online

The post Buli Siber, Linda Rafar Artis Pertama Ambil Tindakan Terhadap Netizen! appeared first on KLICK.MY.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top