Bukan pokok petai menangis sebenarnya air kencing Riang-riang Teka teki terjawab

Baru-baru ini media tempatan melaporkan berlakunya fenomena ganjil di mana pokok petai ‘menangis’.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, di mana sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu.

Menurut penduduk, pokok petai itu mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas maghrib hingga Subuh.

Fenomena itu menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang membawa baldi untuk menadah air tersebut.

Bukan pokok petai menangis sebenarnya air kencing Riang-riang Teka teki terjawab

Bukan pokok petai menangis sebenarnya air kencing Riang-riang Teka teki terjawab

Penduduk kampung, Khaidin Razali, berkata, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai itu bersifat jernih dan berbau buah petai.

“Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat,” katanya.

Bagaimanapun, ada individu mendakwa air tersebut bukanlah air dari pokok petai menangis. Sebaliknya air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang.

“Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut,” kata Wat Kamal Abas.

Beliau turut memuat naik video yang jelas menunjukkan serangga itu dengan riang rianya kencing secara berjemaah di atas pokok.

“Bagaimana eh perasaan orang yang telah basahkan wajahnya dalam video pertama apabila dapat tahu fakta yang benar itu nanti?” soalnya.

Bukan pokok petai menangis sebenarnya air kencing Riang-riang Teka teki terjawab

“Bagaimana eh perasaan orang yang telah basahkan wajahnya dalam video pertama apabila dapat tahu fakta yang benar itu nanti?” soalnya.

Antara komen netizen :

Alyana Adam –Orang melayu kita memang suka kena kencing hahahahahaha

Bazli Hydra –AKU INGAT ORG JE KENCING ORG.. SERANGGA PON KENCING ORG.. hahahanattt.

Puteri Sheery –Apa rasa air kencing riang2? Adakah lepas minum rasa riang ria di hari raya.

Cik Nur Amalina –Kahkahkahkahkah..kembung perut minum air kencing😂😂😂😂 yg dah minum tu cer komen ape rase nye..kahkahkahkah.. Mesti depa dok gelak² ke org kat bawah yg dok tadah kencing depa..

Mohd Psiam –Maaf atas teguran…
Sy melihat dgn pndangan mata hati seorang yg beragama islam..

Pokok menangis tiada mustahil semua dgn izin Allah… seperti tanah yg menjadi lumpur semua dgn izin Allah..

Ape yg kita perlu sedar..Allah sedang menguji keimanan kita… betul ke kita beriman pd Allah..

Jatuh syirik jika kita beria ria memuja muja..ke tempat tue siap di tadah air lg…Allahu..

Naunzubillah minzalik…

Tiada ape yg pelik..jika Allah berkehendakkan ia berlaku…

Kita manusia jgn mudah terpengaruh dgn hasutan syaitan …

#SEKALIKENCINGRIANGRIANG
#SEDAPTAKBOSKURRR

Sumber: Astro Awani, Wat Kamal Abas via TheRepoter
Kredit : Tribune Malaya




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top