Bayi Dengan Nama Terpanjang, Semput Nak Sebut Dengan Satu Nafas

BERBELIT lidah dan semput untuk menyebut nama bayi kepada sepasang suami isteri kerana terlalu panjang.

Pasangan tersebut, Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah dari Desa Ngujuran, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, sepakat memberi nama kepada anak mereka dengan nama yang begitu panjang.

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat AkbarSahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta, begitulah nama yang menjadi pilihan pasangan terbabit untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 6 Januari lalu.

“Pemberian nama anak saya mempunyai kaitan dengan sejarah nama kota Islam.

“Pada namanya juga terdapat doa, dan saya berharap dia akan membesar sebagai insan soleh yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa,” kata Arif.

Apabila ditanya mengenai nama anaknya yang panjang dan kesukaran yang mungkin dihadapi berhubung urusan dokumentasi, Arif berfikiran positif dan yakin semuanya mampu diatasi. –KLICK.MY

The post Bayi Dengan Nama Terpanjang, Semput Nak Sebut Dengan Satu Nafas appeared first on KLICK.MY.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top