Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan, Konsert Di Malaysia Diteruskan

PENYANYI popular Indonesia, Ahmad Dhani dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

Hakim Ratmoho membacakan hukuman itu dalam perbicaraan di sebuah mahkamah di Jakarta Selatan semalam..

“Tertuduh Dhani Ahmad Prasetyo atau Ahmad Dhani terbukti secara sah dan yakin bersalah melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.

Berkaitan: Ahmad Dhani Bakal Dipenjara, Sebar Kebencian Di Media Sosial

Ahmad Dhani, 46, yang juga pengasas kumpulan Dewa 19 didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter @AHMADDHANIPRAST.

Kenyataan itu dimuat naik oleh pengendali Twitter berkenaan iaitu Bimo yang menjadi saksi.

“Saksi memberitahu dia menyebarkan kenyataan itu atas arahan tertuduh,” kata Ratmoho.

Kenyataan pertama yang dimuat naik adalah “Yang menistakan agama si Ahok…yang diadili KH Ma’ruf Amin”.

Kenyataan kedua pula adalah “Siapa saja dukung penista agama adalah bajingan yang perlu diludahi mukanya,”.

Yang ketiga pula adalah “Kalimat sila pertama KETUHANAN YME, PENISTA Agama jadi Gubernur…kalian WARAS??? – ADP,”.

Ahmad Dhani mengeluarkan kenyataan itu ketika bantahan terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok yang dituduh menghina agama Islam sebelum pemimpin itu dihukum penjara.

Ahmad Dhani sebelum ini dituntut pihak pendakwa raya dihukum penjara dua tahun.

Sementara itu, konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari ini tetap akan diteruskan.

Menurut siaran media NIZRA Production, pihaknya memaklumkan bahawa konsert tersebut yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam akan diteruskan. –KLICK.MY

The post Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan, Konsert Di Malaysia Diteruskan appeared first on KLICK.MY.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top